TIGA perkara besar diuar-uarkan sebagai arus perdana ketika bermula alaf baru kira-kira sembilan tahun lalu, iaitu globalisasi, K-ekonomi dan perubahan iklim. Ketiga-tiga perkara ini seolah-olah wajib difahami di kalangan komuniti perdagangan, intelektual dan birokrat. Hal ini seterusnya diterjemahkan dalam bentuk dasar dan strategi dalam pelbagai sektor.
Salah seorang rakan saya pernah ditemubual untuk
kenaikan pangkat kira-kira sembilan tahun lalu. Malangnya beliau tidak dapat
menjawab dengan tepat dan meyakinkan mengenai ciri-ciri globalisasi yang antara
lain membabitkan integrasi global dari segi barang, modal dan pekerjaan. Lebih
malang lagi, beliau sinis terhadap konsep dan kesan globalisasi.
Menurut beliau, globalisasi akan membuka banyak ruang sehingga menghilangkan citra istimewa dan ciri kebangsaan sesebuah negara. Bahasa ibunda sebagai contoh, semakin tersudut pengaruhnya, malah menjadi kurang relevan termasuk dalam konteks perdagangan dan pengajian tinggi. Dengan pendirian sedemikian, rakan saya itu tergolong dalam kelompok pesimis atau barangkali pada anggapan panel temu duga, tidak mengikuti perkembangan semasa. Akibatnya beliau gagal dalam temubual.

Hari ini dalam kegawatan ekonomi dunia banyak pihak mula memikirkan semula
konsep dan rasional globalisasi. Suara sinis mengenai globalisasi semakin
lantang kedengaran. Malah, Perdana Menteri Britain Gordon Brown turut kritikal
terhadap gagasan globalisasi dalam konteks krisis kewangan antarabangsa.
Bermula dengan krisis subprima di Amerika Syarikat pada 2007, dunia ketika ini menyaksikan krisis ekonomi dan kewangan menular ke seluruh dunia yang sering kali diungkapkan sebagai entiti global tanpa sempadan. Menurut ramai pakar ekonomi, krisis ini adalah paling parah sejak kemelesetan global kira-kira 80 tahun lalu.
Semua petunjuk ekonomi mencatatkan penurunan mendadak atau lebih malang lagi hampir muflis, termasuk kewangan syarikat multinasional yang biasanya kebal-kemelesetan menerusi pelbagai strategi globalisasi. Satu demi satu syarikat gergasi mengumumkan masalah kewangan dan strategi untuk terus survival menerusi bantuan kewangan pakej rangsangan ekonomi. Malah, syarikat insurans terbesar dunia, AIG yang sepatutnya paling stabil untuk meyakinkan pelanggan mencatatkan kerugian paling besar dalam sejarah korporat dunia untuk tahun kewangan 2008.

Pada akhir 2008, Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) meramalkan ekonomi
dunia berkembang hanya 2.2 peratus pada 2009, kurang separuh berbanding 2007.
Namun demikian, IMF baru saja mengumumkan ramalan terkini hanya 0.5 peratus
iaitu kadar terendah dalam tempoh 60 tahun. Bahkan banyak pihak meramalkan kadar
0.5 peratus itu masih dianggap terlalu optimistik.
Paling teruk mengalami kemelesetan ekonomi ialah negara terlalu bergantung kepada perdagangan global daripada sumbangan kepada KDNK. Singapura misalnya menyumbang 186 peratus nilai eksport kepada KDNK ketika ini mengalami pengecutan ekonomi. Hal ini ketara menerusi penguncupan sebanyak 17 peratus pada suku keempat 2008. Nilai eksport Taiwan pula menyumbang 60 peratus kepada KDNK yang dijangka mengalami pengecutan 11 peratus tahun ini.
Menurut IMF lagi, ekonomi negara maju dijangka mengecut dengan purata dua peratus, kecuali Jepun (2.6 peratus) dan Jerman (2.5 peratus) yang banyak bergantung kepada eksport. Negara membangun yang banyak bergantung kepada pasaran dan perdagangan antarabangsa misalnya dalam bidang pelancongan juga dijangka turut mengalami pengecutan ekonomi ketara.
Pertubuhan Pelancongan Dunia melaporkan pengurangan pelancong sebanyak satu peratus pada separuh tahun pertama 2008 berbanding lima peratus setahun selama empat tahun berturut-turut sebelumnya.

Namun demikian negara membangun seperti India dan China nampaknya masih
terus mencatatkan peratus pertumbuhan ekonomi positif, biarpun berlaku
pengurangan ketara. India misalnya dijangka akan mengalami kadar pertumbuhan
7.1 peratus sehingga April 2009. Dengan nilai eksport hampir 15 peratus
terhadap KDNK, maka purata pertumbuhan ekonomi 2009 dijangka lima
peratus.
China masih mencatat pertumbuhan positif 6.8 peratus pada suku keempat 2008. Menerusi pakej rangsangan ekonomi lebih AS$600 bilion yang diumumkan Perdana Menteri, Wen Yanbao semalam maka kadar pertumbuhan ekonomi China dijangkakan pada lapan peratus tahun ini.
Bagaimanapun jumlah eksport China mencatatkan penurunan 18 peratus dan import 43 peratus pada 2008 sehingga Januari lalu. Brazil pula mencatatkan penguncupan sejak suku keempat 2008. Ketika-tiga negara terbabit mempunyai persamaan dari segi pasaran domestik yang besar, dan sistem perbankan stabil tidak dipengaruhi dasar liberalisasi.
Situasi ekonomi gawat ini menjadikan gagasan globalisasi semakin tidak popular. Realitinya globalisasi mendedahkan seluruh negara kecil atau besar, kaya atau miskin kepada ancaman dan ketidaktentuan global. Dalam keadaan sedemikian, sukar untuk mengawal dan menghalang kesan global dalam bentuk pengaliran modal, barang apatah lagi kemelut kewangan.
Banyak dasar yang diumumkan untuk mengawal kemelesetan ekonomi pada peringkat kebangsaan ketika ini - misalnya dari segi kewangan dan rangsangan ekonomi menunjukkan peranan ekonomi sesebuah negara semakin bergantung kepada kuasa global yang entah di mana titik gravitinya.
Itulah sebabnya ramai pemikir pembangunan dan pakar ekonomi mula gusar mengenai pengaruh buruk globalisasi. Globalisasi menyukarkan perancangan ekonomi, apatah lagi pelestarian pembangunan. Banyak konsep pelestarian yang sebelum ini mempunyai komponen alam sekitar misalnya semakin tersudut akibat faktor kewangan.
Kadar pengangguran semakin meningkat, dan kesejahteraan masyarakat juga kian terancam. Itulah latar belakang sehingga menyebabkan ahli ekonomi Filipina, Walden Bello menulis buku terbaru Deglobalisation: Ideas for a New World Economy. Beliau tidak keseorangan dalam mengkritik globalisasi. Banyak pemimpin negara termasuk Presiden China turut pesimis.
Bahkan rakan saya yang gagal dalam temubual kenaikan pangkat itu juga nampaknya tambah lantang mengemukakan pelbagai hujah bahawa globalisasi lebih banyak mendatangkan risiko dalam konteks pengurangan peranan institusi lokal dan penghakisan ciri berunsur kebangsaan. Beliau juga mempersoalkan kebijaksanaan panel temu duga yang terlalu taksub dan pasrah dengan gagasan dan idealisme globalisasi.
Prof Datuk Dr Zaini Ujang ialah Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

No comments:
Post a Comment