Kesan Positif
1. Menggalakkan pemindahan teknologi
• Melalui globalisasi
kemasukan teknologi moden dan pemindahan kepakaran dari negara maju dapat
membangunkan ekonomi moden negara membangun.
• Rakyat tempatan
dikehendaki mempelajari kaedah pengendalian teknologi melalui latihan lanjutan
dan usahasama dalam konteks R&D tenaga manusia.
• Akhirnya rakyat tempatan dapat
menguasai kepakaran asing dan memajukan negara sendiri. Contoh, teknologi
HITEC, teknologi rekabentuk, kawalan mutu, teknologi komunikasi, kepakaran
pengurusan dan sebagainya.
2. Perluasan Pasaran
• Penghapusan dasar
Perlindungan dan Sekatan Tarif (GATT), penghapusan stok penimbal, serta
provokasi pasaran akan memberikan peluang kpeada produk negara sedang membangun
menembusi pasaran negara maju dengan hak yang sama rata.
• Keadaan ini kerana
globalisasi memberikan kuasa mutlak kepada kuasa pasaran iaitu permintaan dan
cita rasa pengguna dlm urusniaga barangan dan perkhidmatan.
• Di Asia Tenggara,
pengenalan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) merupakan satu realisasi daripada
arus globalisasi. Melalui AFTA barangan dalam kalangan negara ASEAN dapat
memasuki pasaran negara anggota dengan lebih mudah dan mendapat faedah pasaran
bersama.
KESAN NEGATIF
1. Kegawatan ekonomi
• Aliran masuk modal
antarabangsa yang begitu besar ke dalam negara serantau Asia Pasifik
menyebabkan kewangan negara serantau menjadi lebih mudah ubah.
• Keadaan ini berlaku kerana
wang boleh bergerak dengan hanya keluar merentasi sempadan sesebuah negara dengan
hanya menekan butang komputer sahaja.
• Dengan penarikan keluar
modal asing secara mendadak dari sesebuah negara akan menyebabkan negara
tersebut menjadi muflis, operasi industri boleh terhenti, pengangguran
bertambah, beban hutan luar meningkat dan ekonomi negara gawat.
2. Tekanan ekonomi dan bebanan kpd golongan miskin
• Globalisasi turut
mengakibatkan penghapusan hak-hak keistimewaan dan subsidi kepada golongan
miskin yang diamalkan utk melindungi rakyat.
• Bila subsidi dihapuskan
berlaku peningkatan dlm harga barangan, perkhidmatan dan kos sara hidup. Yang
miskin terus menderita dan memungkinkan berlaku kegawatan politik.
• Isu rumah terpaksa
berhadapan dgn masalah inflasi berikutan kejatuhan kadar upah, merosotkan
kutipan cukai dan mengurangkan kewangan kerajaan.
• Wujud keadaan monopoli
bank tempatan oleh syarikat gergasi dan kawalan ekonomi oleh pelabur asing.
3. Penjajahan baru ekonomi
• Pembukaan pintu ekonomi
dan pasaran membolehkan monopoli ekonomi berlaku di sesebuah negara.
• Kekayaan ekonomi negara
sedang membangun akan dikaut keluar oleh pemodal asing.
• Mengeksploitasi tenaga
kerja tempatan dengan kadar upah yang rendah.
• Keadaan ini dinamakan
penjajahan ekonomi.
Titanium App - The Technopedia
ReplyDelete› app › tuset-tip-ti titanium easy flux 125 amp welder › app › tuset-tip-ti The Betting titanium meaning App. titanium trim reviews The Betting App. The Betting App. The Betting App. The titanium edc Betting App. The Betting App. The Betting App. The Betting titanium armor App. The Betting App. The Betting