Pages

Ads 468x60px

Saturday, 29 December 2012

GLOBALISASI TUNTUT LAKSANAKAN PERUBAHAN



Globalisasi merupakan salah satu isu utama abad ke-21.Globalisasi adalah satu proses perubahan kesan daripada peningkatan pelbagai aktiviti manusia sejagat merentasi sempadan ‘geo-politik’ yang dipacu oleh kemajuan pesat teknologi maklumat di seluruh dunia.
Hal ini bermakna segala bentuk idea, kegiatan serta interaksi ekonomi, sosial dan politik berkembang tanpa mengambil kira persempadanan politik sesebuah negara.

Kemajuan teknologi komunikasi  dan pemerosesan maklumat menjadi semakin canggih membolehkan  kita mengetahui segala peristiwa dan kejadian yang telah dan sedang berlaku di seluruh penjuru dunia dalam tempoh yang singkat sahaja. Ia menyebabkan batasan geografi dan sosial juga turut mengecil.
Kesan globalisasi terhadap mana-mana negara adalah besar.Globalisasi dikatakan  membawa pelbagai peluang kepada masyarakat dunia (negara). Namun, di sebalik itu timbul pelbagai cabaran yang harus dihadapi dan ditangani dengan bijaksana.

Bentuk globalisasi yang paling menonjol ialah globalisasi ekonomi, manakala ciri dan sifat utama globalisasi ialah persaingan . Bagi negara yang mahu terus maju maka ia harus bergiat aktif  dengan melibatkan diri dalam keseluruhan ekonomi antarabangsa. Ini adalah kerana globalisasi ekonomi menjadikan  persaingan, pengeluaran, kawalan pasaran, pengurusan, teknologi dan modal insan turut menjadi global.
Proses ini menyebabkan  faktor-faktor pengeluaran bergerak mudah merentasi sempadan geo-politik negara lantaran persempadanan pasaran dan ekonomi dunia yang semakin mengecil itu.

Semuanya ini mempunyai kesan terhadap pertumbuhan dan pembangunan  ekonomi negara. Corak dan aliran ekonomi dunia hari ini mempamerkan suatu keadaan di mana wujudnya peningkatan terhadap pergantungan pasaran asing bagi pemasaran barangan domestik, pergerakan pesat aliran modal yang merentasi batasan geo-politik  dan pergerakan migrasi buruh (modal insan) daripada sebuah negara ke negara yang lain.

Pertumbuhan dan kemajuan ekonomi di era globalisasai ini juga mengutamakan elemen-elemen kreativiti dan inovasi yang tinggi.

Hakikatnya, globalisasi ekonomi menuntut kita melakukan perubahan berubah dari masa ke semasa. Negara perlu memiliki kelebihan bersaing (competitive edge) dalam pasaran antarabangsa.Daya saing kita mesti dipertingkatkan melalui pembangunan modal insan. 

Kepemimpinan dan pengurusan, sama ada  di sektor awam atau pun  swasta mestilah bersifat dinamik dan akomodatif. Ini penting bagi memastikan negara mampu berhadapan dengan cabaran persaingan ekonomi sejagat yang semakin meningkat.
Globalisasi dalam perdagangan antarabangsa juga memerlukan kita berinteraksi dengan pelbagai pihak dan pelbagai latar belakang budaya. Oleh itu, penguasaan dan kemahiran dalam bahasa-bahasa asing tertentu akan memberi kelebihan kepada kita untuk berpartisipasi dengan berkesan di arena antara bangsa.
Negara seharusnya sedia membuat pelaburan besar dalam bidang pendidikan dan pembangunan pengurusan. Modal insan yang  berpengetahuan, berkemahiran tinggi, berinovasi, kreatif, beretika dan kompetitif merupakan aset penting buat negara.

Para pengurus dan pemimpin organisasi yang dinamik, bertenaga dan berwawasan pula diperlukan untuk melonjak prestasi organisasi berasaskan standard atau piawai antarabangsa. Pengurus dan pemimpin yang memiliki ciri-ciri tersebut akan berupaya membina dan membangun suasana koporat yang dapat menggalakkan penghasilan yang berkualiti serta prestasi yang cemerlang.

Rakyat juga mesti bersedia dan menyesuaikan diri dengan perubahan pesat dalam senario ekonomi dunia hari ini. Tiada mana-mana negara pun yang mampu mengasingkan diri daripada globalisasi ekonomi. Justeru, rangka pembangunan ekonomi nasional mestilah  terus bersifat  dinamik, kreatif  dan inovatif bagi memastikan ekonomi negara dapat bertindak balas terhadap perubahan dan cabaran ekonomi global yang semakin kompetitif  sifatnya. Justeru, Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Model Baru Ekonomi (MBE) merupakan tindak balas kerajaan terhadap senario dan cabaran ekonomi global hari ini.

Kesimpulan, kita perlu menyedari bahawa kejayaan atau kegagalan negara adalah bergantung kepada keupayaan dan kemampuan kita merencanakan agenda transformasi ekonomi dan pengurusan serta perkhidmatan yang dinamik dan peka kepada perkembangan domestik dan antarabangsa dapat menggerakkan organisasi ke satu tahap kecemerlangan melalui usaha-usaha konkrit bagi memupuk sikap yang positif ke arah budaya kerja dan pengurusan yang cemerlang.

Thursday, 27 December 2012

GLOBALISASI (VIDEO 2)

lagi video pasal Globalisasi.

hayati dan fahami...selamat menonton,..


Wednesday, 26 December 2012

GLOBALISASI (VIDEO)


Kesan berantai akibat daripada Globalisasi,
baik atau buruk globalisasi ni.?
sama2 kita fikirkan.
yang penting setiap benda ada pro dan kontra nya.. berfikirlah secara matang.. :)


Globalisasi Ekonomi Tuntut Negara Lakukan Transformasi


Globalisasi merupakan salah satu isu utama abad ke-21.  Apakah maksud  globalisasi ? Globalisasi adalah satu proses perubahan kesan daripada peningkatan pelbagai aktiviti manusia sejagat merentasi sempadan ‘geo-politik’ yang dipacu oleh kemajuan pesat teknologi maklumat di seluruh dunia. Ini bermakna segala bentuk idea, kegiatan serta interaksi ekonomi, sosial dan politik berkembang tanpa mengambil kira persempadanan politik sesebuah negara.

            Kemajuan teknologi komunikasi  dan pemerosesan maklumat menjadi semakin canggih membolehkan  kita mengetahui segala peristiwa dan kejadian yang telah dan sedang berlaku di seluruh penjuru dunia dalam tempoh yang singkat sahaja. Ia menyebabkan batasan geografi dan sosial juga turut mengecil. 

          Kesan globalisasi terhadap mana-mana negara adalah besar.Globalisasi dikatakan  membawa pelbagai peluang kepada masyarakat dunia (negara). Namun, di sebalik itu timbul pelbagai cabaran yang harus dihadapi dan ditangani dengan bijaksana.

             Bentuk globalisasi yang paling menonjol ialah globalisasi ekonomi, manakala ciri dan sifat utama globalisasi ialah persaingan . Bagi negara yang mahu terus maju maka ia harus bergiat aktif  dengan melibatkan diri dalam keseluruhan ekonomi antarabangsa. Ini adalah kerana globalisasi ekonomi menjadikan  persaingan, pengeluaran, kawalan pasaran, pengurusan, teknologi dan modal insan turut menjadi global.

             Proses ini menyebabkan  faktor-faktor pengeluaran bergerak mudah merentasi sempadan geo-politik negara lantaran persempadanan pasaran dan ekonomi dunia yang semakin mengecil itu. Semuanya ini mempunyai kesan terhadap pertumbuhan dan pembangunan  ekonomi negara. Corak dan aliran ekonomi dunia hari ini mempamerkan suatu keadaan di mana wujudnya peningkatan terhadap pergantungan pasaran asing bagi pemasaran barangan domestik, pergerakan pesat aliran modal yang merentasi batasan geo-politik  dan pergerakan migrasi buruh (modal insan) daripada sebuah negara ke negara yang lain.

        Pertumbuhan dan kemajuan ekonomi di era globalisasai ini juga mengutamakan elemen-elemen kreativiti dan inovasi yang tinggi. Hakikatnya, globalisasi ekonomi menuntut kita melakukan perubahan berubah dari masa ke semasa. Negara perlu memiliki kelebihan bersaing (competitive edge) dalam pasaran antarabangsa.Daya saing kita mesti dipertingkatkan melalui pembangunan modal insan. 

           Kepemimpinan dan pengurusan, sama ada  di sektor awam atau pun  swasta mestilah bersifat dinamik dan akomodatif. Ini penting bagi memastikan negara mampu berhadapan dengan cabaran persaingan ekonomi sejagat yang semakin meningkat. Globalisasi dalam perdagangan antarabangsa juga memerlukan kita berinteraksi dengan pelbagai pihak dan pelbagai latar belakang budaya. Oleh itu, penguasaan dan kemahiran dalam bahasa-bahasa asing tertentu akan memberi kelebihan kepada kita untuk berpartisipasi dengan berkesan di arena antara bangsa.

          Negara seharusnya sedia membuat pelaburan besar dalam bidang pendidikan dan pembangunan pengurusan. Modal insan yang  berpengetahuan, berkemahiran tinggi, berinovasi, kreatif, beretika dan kompetitif merupakan aset penting buat negara.

             Justeru, Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Model Baru Ekonomi (MBE) merupakan tindak balas kerajaan terhadap senario dan cabaran ekonomi global hari ini. Pelancaran  Pelan Hala Tuju ETP yang dilancarkan Datuk Seri Najib Tun Razak  di PWTC pada 25 Oktober lalu membuktikan kesungguhan dan komitmen kerajaan untuk membawa perubahan dan kemajuan ekonomi negara setanding dengan ekonomi negara-negara maju – negara maju berpendapatan tinggi.


             Kesimpulan, kita perlu menyedari bahawa kejayaan atau kegagalan negara adalah bergantung kepada keupayaan dan kemampuan kita merencanakan agenda transformasi ekonomi dan pengurusan serta perkhidmatan yang dinamik dan peka kepada perkembangan domestik dan antarabangsa dapat menggerakkan organisasi ke satu tahap kecemerlangan melalui usaha-usaha konkrit bagi memupuk sikap yang positif ke arah budaya kerja dan pengurusan yang cemerlang.


Oleh Mohd Ayop Abd Razid

Tuesday, 25 December 2012

PERDAGANGAN NEGARA EU MELESET, PASARAN NIAGA CHINA PUDAR


PERTUMBUHAN perdagangan global yang sudah pun lemah daripada yang diunjurkan tahun lalu, akan bertambah perlahan lagi tahun ini berikutan masalah kemelesetan negara Kesatuan Eropah (EU), sementara kadar pertumbuhan ekonomi yang dinamik di China pula semakin pudar, demikian mengikut Pertumbuhan Perdagangan Dunia (WTO).

Badan perdagangan dunia itu berkata, kejutan ekonomi seperti krisis hutang zon euro menyebabkan pertumbuhan perdagangan dunia semakin perlahan tahun ini, iaitu kepada 3.7 peratus berbanding 5.0 peratus tahun lalu.

Pelbagai masalah yang berlaku sepanjang tahun lalu telah menjejaskan pertumbuhan perdagangan lebih daripada yang dijangkakan, demikian kata ahli ekonomi pada September tahun lalu perdagangan global akan berkembang 5.8 peratus bagi seluruh 2011.

Selain krisis zon euro, WTO turut menyatakan kesan gempa bumi Jepun dan tsunami serta banjir teruk di Thailand sebagai antara penyebab utama.

Tahun lalu, pertubuhan yang berpangkalan di Geneva itu mengunjurkan perdagangan global tumbuh pada kadar 6.5 peratus bagi 2011 selepas kembali mencatatkan peningkatan kukuh 13.8 peratus pada 2010 selepas krisis kewangan sebelumnya.

WTO menjangkakan perdagangan dunia akan kembali pulih sedikit menjelang 2013 dan seterusnya mencatatkan pertambahan pertumbuhan kepada kadar 5.6 peratus.
“Kini lebih tiga tahun sudah berlalu sejak kejatuhan perdagangan global pada 2008/2009, tetapi ekonomi dunia dan perdagangan kekal rapuh.

“Kadar perlahan itu dijangka berlanjutan pada 2012 dan semua ini menunjukkan bahawa risikonya kekal tinggi. Kita masih lagi belum keluar sepenuhnya daripada krisis kemelesetan,” kata Ketua Pengarah WTO, Pascal Lamy.

Unjuran terkini WTO itu memperlihatkan pertumbuhan dalam pengeluaran global tahun ini hanya berada pada kadar 2.1 peratus (turun daripada 2.4 peratus pada 2011) tetapi terdapat beberapa faktor risiko, seperti kemerosotan yang lebih teruk daripada yang dijangkakan di Eropah serta harga minyak yang semakin meningkat, bakal memberi kesan teruk kepada perdagangan global.

“Data pengeluaran baru-baru ini mencadangkan bahawa EU mungkin sudah pun berada dalam kemelesetan dan perkembangan ekonomi yang dinamik China juga turut akan perlahan tahun ini,” kata WTO. – AFP

GLOBALISASI EKONOMI


Globalisasi ekonomi  merujuk kepada meningkatnya saling pergantungan ekonomi negara di seluruh dunia melalui peningkatan yang mendadak dalam gerakan lintas sempadan barangan, perkhidmatan, teknologi dan modal.  Globalisasi ekonomi  adalah proses menambah integrasi ekonomi di antara negara, membawa munculnya pasaran global atau pasaran dunia tunggal.  Bergantung pada paradigma, globalisasi dapat dilihat sebagai suatu fenomena positif atau negatif.

Globalisasi ekonomi terdiri daripada globalisasi pengeluaran, pasaran, persaingan, teknologi, dan syarikat dan industri.  Sementara globalisasi ekonomi telah berlaku selama beberapa ratus tahun terakhir (sejak munculnya perdagangan perantaraan negara), telah mula berlaku pada peringkat peningkatan selama 20-30 tahun terakhir. Kebelakangan ini, sebahagian besar peningkatan dalam sumber ekonomi  telah dicatat oleh negara maju yang berintegrasi dengan negara-negara kurang berkembang, dengan cara pelaburan langsung asing, pengurangan sekatan perdagangan, dan dalam banyak kes imigresen lintas sempadan.

PENGGLOBALISASIAN : IMPAK KEPADA GENERASI MUDA



Kita percaya kepada globalisasi tetapi kita menentang sekeras-kerasnya kepada konsep keseragaman hegemoni dan kepatuhan membuta tuli. Kita percaya bahawa kekayaan kebendaan cukup untuk dinikmati oleh semua tetapi kita juga menentang penguasaan wang dalam semua hal dan di seluruh pelosok dunia.

Dalam bukunya yang bertajuk A New Deal For Asia , Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengatakan bahawa fajar Era Maklumat kini sudah menyingsing dan dalam dunia tanpa sempadan yang datang bersama, tidak ada negara yang boleh mengasingkan dirinya. Katanya lagi, cabaran untuk belia abad ke 21 ialah untuk menyesuaikan diri terhadap Abad Dunia sambil mengekalkan sesetengah daripada perbezaan bangsa dan kepercayaan yang akan mengekalkan dunia ini suatu tempat yang kekal menarik.

Persoalannya, apakah kita generasi muda, benar-benar faham mengenai bentuk dan dinamik abad ke 21 serta era dunia tanpa sempadan ini? Apakah kita mampu mengatasi cabaran ini?

Secara ringkas, penglobalisasian adalah arena ‘survival of the fittest’. Hanya syarikat, bangsa atau pun negara yang terbaik, dapat merasai kenikmatan dan kesenangan yang bakal diterima. Hanya bangsa yang benar-benar bersedia yang akan dapat menyambung kerelevanan, menentu hala tuju dan maruah mereka sendiri di dalam dunia ini.

Kita, generasi muda, perlu sedar bahawa globalisasi bukannya satu mimpi tetapi ianya satu realiti dan sedang giat diaktifkan oleh pihak-pihak yang mampu untuk bersaing di dalam pasaran dan sempadan yang terbuka, hari ini dan di masa hadapan!

Kita mesti sedar bahawa generasi kita inilah yang bakal berdepan dan mengharungi era ini. Mahu tak mahu, kita terpaksa menerima kedatangannya! Tambahan pula, cetusan idea, daya kreativiti dan populasi manusia semakin bertambah menyebabkan dunia ini di rasakan semakin kecil.

Sebenarnya, kita kurang mengenali dan membau agenda-agenda tersembunyi pengglobalisasian ini. Syukur Alhamdulillah kerana pemimpin-pemimpin kita berjaya memangkin dan membantu meningkatkan pengertian kita mengenainya, sehingga mampu difahami oleh kebanyakan rakyat biasa di negara ini.

Sedihnya, jika konsep penglobalisasian tidak diubah, bangsa lain di dunia ini akan merempat dan dipinggirkan. Maka akan berlaku diskripensi kemewahan dan kemiskinan yang lebih menyeluruh, global dan bukan sahaja tertakluk di dalam sesebuah negara itu sahaja!

Dalam konteks bangsa Melayu pula, kemiskinan harta benda, pelajaran atau pun ekonomi bangsa ini tidak akan lagi dibandingkan dengan kaum-kaum majmuk di Malaysia ini sahaja tetapi dengan bangsa-bangsa gergasi lain di seluruh dunia ini! Jika bangsa Melayu, yang di ketahui lemah dan rendah prestasinya berbanding dengan kaum-kaum lain di tanah air sendiri,

. Di manakah letaknya bangsa Melayu di persada dunia ?
. Daripada beratus-ratus bangsa di dunia ini, apakah bangsa Melayu dapat duduk selesa dan kagum dengan kemajuan diri sendiri?
. Apakah bangsa Melayu boleh bertahan daripada dipijak oleh kaki-kaki bangsa gergasi di dunia ini?

Pastinya, gerun rasa hati apabila kita mula membuat perbandingan seperti di atas. Tetapi perlu diingat bahawa kita bernasib baik kerana kita masih diberi peluang untuk melengkapkan diri untuk menghadapi era tanpa sempadan kelak. Kita masih mempunyai masa tapi kita mesti akui bahawa masa bukannya menyebelahi kita. Ini adalah kerana, sebenarnya kita terikat dengan satu rangka masa yang ditetapkan oleh kuasa-kuasa besar di dunia.

Maksudnya, kita tidak mampu untuk mengikut rentak (pace) kita sendiri. Kita tidak mampu untuk barjalan dengan lemah longlai seperti hari ini tetapi rentak (pace) kemajuan ekonomi, pelajaran dan perpaduan bangsa dan negara perlu lebih bersemangat dan disegerakan.

Realitinya, bahang globalisasi telah mulai dirasakan hari ini. Generasi yang bakal mengharungi era ini pula adalah kita sendiri, generasi muda dan generasi pelajar-pelajar pada hari ini!

Semestinya kita telah mula melengkapkan diri dengan belajar dan berusaha memiliki budaya mampu saing global, di samping mengukuhkan pegangan agama, tradisi dan budaya nasional. Bukannya dengan menyempitkan pemikiran kita kepada sesuatu ideologi yang tidak praktikal dan tidak berpijak di bumi yang nyata, atau pun dengan cara mudah yang lain iaitu dengan menyalahkan orang lain dan generasi sebelum kita!

Yang nyatanya, bangsa dan negara ini mesti bekerja keras, mempelbagai dan meningkatkan segala kemahiran hidup untuk bersaing kelak.

oleh: Dr Novandri Hasan Basri
http://novandri.blogspot.com/2006/01/pengglobalisasian-impak-kepada-generasi.html

Friday, 21 December 2012

KESAN GLOBALISASI EKONOMI



Kesan Positif
1.      Menggalakkan pemindahan teknologi
• Melalui globalisasi kemasukan teknologi moden dan pemindahan kepakaran dari negara maju dapat membangunkan ekonomi moden negara membangun.
• Rakyat tempatan dikehendaki mempelajari kaedah pengendalian teknologi melalui latihan lanjutan dan usahasama dalam konteks R&D tenaga manusia.
• Akhirnya rakyat tempatan dapat menguasai kepakaran asing dan memajukan negara sendiri. Contoh, teknologi HITEC, teknologi rekabentuk, kawalan mutu, teknologi komunikasi, kepakaran pengurusan dan sebagainya.

2.      Perluasan Pasaran
• Penghapusan dasar Perlindungan dan Sekatan Tarif (GATT), penghapusan stok penimbal, serta provokasi pasaran akan memberikan peluang kpeada produk negara sedang membangun menembusi pasaran negara maju dengan hak yang sama rata.
• Keadaan ini kerana globalisasi memberikan kuasa mutlak kepada kuasa pasaran iaitu permintaan dan cita rasa pengguna dlm urusniaga barangan dan perkhidmatan.
• Di Asia Tenggara, pengenalan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) merupakan satu realisasi daripada arus globalisasi. Melalui AFTA barangan dalam kalangan negara ASEAN dapat memasuki pasaran negara anggota dengan lebih mudah dan mendapat faedah pasaran bersama. 

 KESAN NEGATIF
1.      Kegawatan ekonomi
• Aliran masuk modal antarabangsa yang begitu besar ke dalam negara serantau Asia Pasifik menyebabkan kewangan negara serantau menjadi lebih mudah ubah.
• Keadaan ini berlaku kerana wang boleh bergerak dengan hanya keluar merentasi sempadan sesebuah negara dengan hanya menekan butang komputer sahaja.
• Dengan penarikan keluar modal asing secara mendadak dari sesebuah negara akan menyebabkan negara tersebut menjadi muflis, operasi industri boleh terhenti, pengangguran bertambah, beban hutan luar meningkat dan ekonomi negara gawat.



2.      Tekanan ekonomi dan bebanan kpd golongan miskin
• Globalisasi turut mengakibatkan penghapusan hak-hak keistimewaan dan subsidi kepada golongan miskin yang diamalkan utk melindungi rakyat.
• Bila subsidi dihapuskan berlaku peningkatan dlm harga barangan, perkhidmatan dan kos sara hidup. Yang miskin terus menderita dan memungkinkan berlaku kegawatan politik.
• Isu rumah terpaksa berhadapan dgn masalah inflasi berikutan kejatuhan kadar upah, merosotkan kutipan cukai dan mengurangkan kewangan kerajaan.
• Wujud keadaan monopoli bank tempatan oleh syarikat gergasi dan kawalan ekonomi oleh pelabur asing.


3.      Penjajahan baru ekonomi
• Pembukaan pintu ekonomi dan pasaran membolehkan monopoli ekonomi berlaku di sesebuah negara.
• Kekayaan ekonomi negara sedang membangun akan dikaut keluar oleh pemodal asing.
• Mengeksploitasi tenaga kerja tempatan dengan kadar upah yang rendah.
• Keadaan ini dinamakan penjajahan ekonomi.


Krisis ekonomi global 2008 :Punca dan Kesannya.


Krisis ekonomi global 2008 :Punca dan Kesannya.




Dunia kini sedang dilanda krisis ekonomi global. Banyak syarikat-syarikat samada syarikat besar atau kecil yang terpaksa menggulung tikar akibat dilanda hutang yang tinggi. Beribu-ribu pekerja kehilangan pekerjaan manakala ramai lagi sedang menghadapi risiko dibuang kerja. Krisis yang melanda dunia ini bermula dengan krisis ekonomi Amerika Syarikat. Disebabkan kebanyakkan negara didunia bergantung pada Amerika Syarikat, maka negara-negara tersebut turut sama mengalami krisis ekonomi.


Krisis ekonomi Amerika Syarikat bermula disebabkan oleh:
  1. Lambakan hutang tidak berbayar sehingga menjejaskan kecairan tunai institusi kewangan di negara Amerika Syarikat itu. Bank pelaburan keempat terbesar di Amerika, Lehman Brothers muflis. Banyak rumah terpaksa dilelong kerana pembeli tidak mampu untuk terus membayar.
  2. Industri hartanah merundum
  3. Krisis harga makanan dunia menyumbang kepada krisis ini. Bahan makanan utama dunia seperti beras dan tepung diperdagangkan di bursa saham untuk mendapatkan keuntungan lebih besar. Pemanasan global memberi kesan rantaian kepada harga barang makanan. Kos keseluruhan makanan global semakin meningkat dan terus meningkat.
  4. Liberalisasi ekonomi akan terjejas. Sepatutnya ekonomi sesebuah negara tidak boleh terlalu tertutup. Kuasa beli rakyat haruslah dipertingkatkan untuk mengurangkan krisis ekonomi ini.
  5. Kecairan mata wang yang ketat. Banyak bank mula takut untuk memberi pinjaman mudah membeli hartanah dan perumahan.
  6. PBB kekurangan dana untuk membantu negara membangun terutama di Afrika yang berkecamuk dengan masalah kemiskinan dan kebuluran. Negara yang bergantung pakej kewangan Amerika akan terjejas teruk.



    Krisis ekonomi yang sedang melanda dunia sekarang ini memberi kesan yang amat ketara bukan sahaja terhadap syarikat-syarikat malahan terhadap orang perseorangan. Harga-harga kebanyakkan komoditi khususnya minyak dan makanan melambung begitu tinggi sehingga menjejaskan ekonomi, membawa ancaman stagflasi (inflasi yang disertai ketiadaan permintaan) dan pengunduran globalisasi.

    Pada bulan februari 2008, Reuters melaporkan bahawa inflasi global mencapai tahap paling dahsyat dalam sejarah, manakala inflasi domestic berada pada paras tertinggi dalam masa 10-20 tahun bagi kebanyakkan negara. Pada pertengahan tahun 2008, data IMF menunjukkan bahawa inflasi adalah pada tahap tertinggi di negara pengeksport minyak, terutamanya akibat pertumbuhan rizab tukaran asing yang kekurangan pengendalian dasar kewangan yang boleh mengimbangi campur tangan tukaran asing sedemikian agar memastikan sasaran dasar kewangan negara itu tercapai.


    Bagaimanapun inflasi juga menjadi-jadi di negara-negara yang dikelaskan IMF sebagai ‘negara termundur bukan pengeksport minyak’ dan ‘Asia Membangun’, disebabkan kenaikan harga minyak dan makanan. inflasi juga menjadi-jadi di negara-negara maju, namun tidak seteruk yang dialami negara-negara membangun.


    Pertubuhan Buruh Antarabangsa menjangkakan sekurang-kurangnya 20 juta pekerjaan bakal hilang menjelang penghujung 2009 akibat krisis ini, kebanyakannya dalam sektor pembinaan, hartanah, perkhidmatan kewangan dan kereta, sekaligus mengakibatkan pengangguran sedunia melepasi tahap 200 juta

  

Globalisasi ekonomi


Globalisasi ekonomi merujuk kepada sempadan ekonomi negara-negara di dunia yang semakin runtuh dan seluruh dunia menjadi satu unit yang boleh dihubungkan dengan cepat, mudah, pantas dan rapat. Globalisasi juga dikenali sebagai dunia tanpa sempadan. Dasar perlindungan yang selama ini menjadi tembok sempadan yang menjaga kepentingan ekonomi sesebuah negara akan runtuh dan boleh ditembusi oleh arus globalisasi secara bebas.Globalisasi memberikan kuasa mutlak kepada kuasa-kuasa pasaran untuk menguasai ekonomi dunia.
           
Menerusi ledakan dan kemajuan yang dicapai dalam teknologi komunikasi maklumat (ICT) maka segala pergerakan modal , teknologi, kepakaran R&D, bahan, informasi pasaran, dan perdagangan boleh menembusi mana-mana negara yang mengamalkan konsep pasaran bebas tanpa had atau batas sempadan. Kecanggihan teknologi menjadikan segala urusniaga beroperasi dengan cepat dan mudah.Umpamanya, seorang peniaga boleh berurusan jual beli saham sambil menonton televisyen di rumah dan seseorang usahawan boleh melabur di sesebuah negara tanpa perlu pergi ke kawasan tersebut.
           
Dalam konteks masa kini, arus globalisasi dikatakan bergerak dari negara-negara maju ke negara-negara dunia ketiga atau negar-negara sedang membangun.Negara-negara barat yang diterajui oleh Amerika Syarikat pada masa kini dikenali sebagai kawasan pusat pembangunan kapitalisme baru.Kawasan-kawasan ini meliputi negara-negara G8 seperti Britain, Amerika Syarikat, Kanada, Jerman, Perancis, Itali, Rusia, dan Jepun.Dominasi dan kawalan terhadap modal, teknologi, pasaran, dan aliran perdagangan ditentukan dan dicorakkan oleh negara-negara kapitalisme baru ini ke atas negar-negara sedang membangun khususnya dirantau asia pasifik. Negara-negara utara yang kaya menguasai negara-negara selatan yang miskin. Globalisasi sememangnya membawa kepada peningkatan kemajuan dan pembangunan negara. Namun, tanpa langkah pengawalan yang sistematik terhadap peluasannya akan memberi impak yang negatif kepada negara secara keseluruhannya.

Saturday, 15 December 2012

KEBANGKITAN MASYARAKAT GLOBAL



WRITTEN BY AKADEMI TARBIYAH DPPM Category: Politik dan Gerakan
Published on 10 May 2012Hits: 1443
Print

Sejak akhir-akhir ini kebangkitan Islam dapat dilihat di mana-mana negara di seluruh dunia. Kebangkitan ini adalah kebangkitan yang tidak boleh dihalang, disekat atau ditangguhkan. Kata Dr.Yusuf Al Qardhawi, "Kebangkitan Islam hari ini bukan lagi kebangkitan yang lahir dari peperangan, tetapi kebangkitan ini lahir melalui proses dakwah, bukan revolusi, perlawanan melalui persenjataan atau yang seumpamanya, tetapi kebangkitan ini adalah kebangkitan yang lahir dari lantera kesedaran umat manusia". 


Hakikatnya setiap kuasa akan jatuh, tidak ada yang kekal kecuali Allah Taala. Binasanya idealisme-idealisme Barat, kuasa dan pengaruh-pengaruh mereka bertitik-tolak kepada kelemahan sistem dalam negara mereka sendiri. Kapitalisme, sosialisme, nasionalisme akan musnah ditelan zaman. Tetapi ingat, negara yang diperintah Islam juga akan hancur, apabila umatnya tenggelam dengan kebendaan.

Kerajaan Saba' yang disebut oleh Allah Taala di dalam Al Quran sebagai; Baldatun Toyyibah wa Rabbul Ghafur, satu kalimah yang popular menjadi sebutan, dan gerakan Islam banyak mengambil slogan ini sebagai syiar perjuangan mereka termasuklah PAS, yang maksudnya "Negara yang baik dan Tuhan Yang Maha Pengampun".

Namun, di sebalik kemewahan dan keperluan yang dicapai itu ada ujian Allah Taala :
"Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu kami menghancurkannya sehancur-hancurnya" - Al Isra':16

Telah sampai amaran Allah tentang peristiwa runtuhnya Empangan Ma'arib di Saba', iaitu sebuah empangan yang menjadi sumber, kekayaan, kesuburan yang bertahun-tahun telah dibangunkan oleh tamadun kerajaan Balqis. Empangan ini merupakan sebuah empangan raksasa yang dapat menakung air di antara dua buah gunung dengan kapasiti purata jutaan gelen sehari. Akan tetapi kerana Kerajaan Saba’ ini mengalami kelemahan pada saat akhirnya, kelemahan tersebut bukannya kelemahan teknologi, bukan juga kelemahan ekonomi, tetapi yang menimpa mereka adalah kelemahan iman yang akhirnya menyebabkan Allah menimpakan bencana air bah yang disebut "Sailul Arim" (banjir besar).
"Maka mereka berpaling ingkar, lalu Kami hantarkan kepada mereka banjir yang membinasakan, dan Kami gantikan dua kumpulan kebun mereka (yang subur) itu dengan dua kumpulan kebun yang berisi dengan pohon-pohon yang pahit buahnya, dan pohon-pohon yang jarang berbuah, serta sedikit pohon-pohon bidara" - Surah Saba':16

Saat ini yang kita lihat, Islam bangkit menumbang dan meruntuhkan sistem-sitem Jahiliyyah. Di Mesir dan Tunisia berlaku revolusi kebangkitan rakyat, bukannya melalui peperangan walaupun hakikat revolusi yang berlaku di negara-negara tersebut ada yang terbunuh. Insya Allah, kedua-dua negara ini akan diperintah dan digantikan oleh parti yang berpaksikan kepada gerakan Islam, di Tunisia Parti An Nahdah, di Mesir pula Parti Huriyyah wal 'Adalah, malah di mana-manapun kebangkitan ini akan merebak ke seluruh dunia.

Kuasa imperialis Barat ketika memikirkan untuk menjatuhkan gerakan Islam di Timur Tengah dan di negara-negara Islam yang lain, tanpa mereka sedar mereka menyaksikan sendiri kebangkitan Islam di negaranya sendiri. Itulah hakikat yang berlaku, di Amerika, Perancis, Britain dan Itali, telah berlaku kebangkitan dan kesedaran rakyatnya terhadap Islam padahal kerajaan mereka sering merancang untuk mencegahnya. Ketika negara-negara Barat sibuk mengacukan senjata di negara-negara umat Islam, Islam bangkit di negara mereka sendiri, Insya Allah kemenangan ini akan mengundang ke negara kita pula.

Islam Sebagai Rahmat Ke Seluruh Alam

Perjuangan Islam, perjuangan bersifat rahmat sebagaimana matlamat pengutusan Baginda S.A.W :
"Tidaklah kami mengutus engkau (Muhammad) kecuali menjadi rahmat ke sekalian alam" - Surah Al Anbiya:107.

Manakala pepatah ada menyebut, "Semahal-mahal minyak wangi, ia tidak akan dapat dihidu baunya jika botolnya ditutup, begitulah juga sehebat mana Islam ini, ia tidak akan dapat dirasai oleh semua jika tidak diperluaskan kebaikan (dakwah) itu di tengah khalayak".
Namun, masalah yang berlaku hari ini ialah adanya golongan yang cuba mencegah haruman Islam dari tersebar kepada seluruh masyarakat. Saluran-saluran yang boleh menghubungkan manusia kepada Islam mesti dibuka, jika tidak nanti ia akan memunculkan golongan yang akan memecah kebuntuannya. Jika Islam dimusuhi dengan keras, maka akan ada juga orang yang mempertahankan Islam walau dengan apapun bentuk kekerasan.

Dakwah Islam ini ibarat air yang mengalir dari atas bukit, jika ia disekat maka ia akan mencari haluan lain untuk menembusinya, kiri kanan seluruhnya dari segala arah akan cuba dilaluinya. Tetapi jika ia disekat dengan keras, maka ia akan menghasilkan gelombang yang sangat besar ibarat air yang melimpah dari empangan.

Di Libya, ada pimpinan gerakan pelajar yang ditangkap, diikat di tengah-tengah khalayak dan dituduh sebagai bughah (penderhaka) kerana menentang korupsi kerajaan. Ribuan manusia mati, ditangkap, ditindas dan dituduh sebagai pengkhianat negara. Namun, akhirnya kerajaan Libya dan pemimpinnya ditumbangkan rakyat akibat sekatan melampau yang dicipta oleh mereka. Begitulah juga sewaktu Firaun melaksanakan dasar-dasar kezaliman-nya, seluruh bayi Bani Israel dibunuh, tetapi dengan izin Allah Taala bayi yang sepatutnya dibunuh itu membesar dewasa dan ditarbiyah di mahligai Firaun sendiri, iaitu Nabi Musa A.S.

Sedarilah bahawa gelombang kebangkitan menentang kemungkaran ini akan berterusan sampai hari kiamat. Tetapi yang menjadi persoalan di dalam konteks kita hari ini sebagai aktivis gerakan Islam, di manakah kita waktu kebangkitan Islam? Adakah kita sekadar menjadi penyokong di belakang, ataupun berada di saff hadapan?

Dalam pada waktu itu, kita mestilah memahami bahawa langkah kemenangan ini mengambil masa yang panjang. Setiap proses pengislahan itu memakan masa, bukannya sekelip mata. Allah mengajar kita bahawa hukum dunia ini diproses melalui sunnah tadarruj (tahap demi tahap) sekalipun Allah mampu untuk menjadikannya sekelip mata dengan lafaz "kun fayakun". Ketika anak Khalifah Umar Abdul Aziz melihat ayahnya tidur, dia lantas mengugah membangkitkan ayahnya yang dibuai lena itu. Anaknya berkata, "Ayah boleh tidur dalam keadaan rakyat yang melarat, teraniaya, dizalimi, dan ada yang haknya tidak dipenuhi dengan sempurna?".

Khalifah Umar, selaku seorang yang faqih (memahami agama), menjelaskan kepada anaknya dengan berkata, "Jangan tergesa-gesa anakanda, kerana sesungguhnya Allah mencela arak dalam dua ayat (yang diturunkan pada waktu yang berbeza, tetapi tidak mengharamkannya) dan (hanya) mengharamkannya dalam ayat yang ketiga (yang diturunkan selepas itu). Sesungguhnya, ayahanda takut untuk mewajibkan al haq (perkara yang benar) ke atas manusia sekali gus, bimbang mereka akan menolaknya sekali gus. (Jika demikian) akan wujud dari kalangan kita orang yang (menyebabkan) fitnah".

Ketika PAS mencanangkan gagasan "negara berkebajikan", UMNO menafikan PAS bahawa mereka yang mula-mula melaksanakan negara kebajikan sejak bertahun-tahun dahulu. Tetapi, yang ingin dijelaskan di sini gagasan PAS ialah negara ber-kebajikan, bukannya negara kebajikan. Negara berkebajikan ialah negara yang amanah menguruskan ekonomi rakyat, negara yang bertanggungjawab menjaga amanah kepimpinan di hadapan Allah di dunia dan juga di hari akhirat. Negara yang sifar rasuah, negara yang adil dalam setiap perkara dan inilah negara berkebajikan yang kita perjuangkan, bukannya negara yang menyediakan jalan raya kemudiaan seluruh keuntungan pembinaan tersebut dibaham serakusnya oleh pemimpin tertinggi sahaja.

Tarbiyah Asas Kemenangan Islam

Tarbiyah adalah elemen yang mesti dihadam oleh setiap aktivis dalam gerakan Islam untuk mencapai kemenangan hakiki di dunia dan di akhirat. Kepimpinan mesti hadir usrah, mengikuti tamrin. Ahli gerakan yang tidak hadir usrah tidak sepatutnya menjadi calon pemimpin, kerana Allah akan menguji mereka selepas kemenangan dicapai. Namun, tarbiyah itu juga memiliki peringkat-peringkat yang berbeza, jangan kita letakkan dalam satu kategori yang sama. Antara aktivis dengan masyarakat yang umum, lain kaedah tarbiyahnya. Tidak sama pengorbanan orang awam dengan mereka yang 100% memusatkan seluruh pengorbanan dalam gerakan Islam. Ukuran tarbiyah adalah pengorbanan, jika masyarakat sedia mendengar ceramah dan kuliah, itupun sudah cukup jadi silibus tarbiyah bagi mereka.

Di Sarawak ada seorang yang mewaqafkan tanah sebanyak 25 ekar. Satu sejarah pengorbanan dalam perjuangan PAS. Ditaqdirkan Allah, selepas orang ini mewaqafkan tanah tersebut kepada PAS, dia meninggal dunia. Mudah-mudahan Allah merahmati perjuangan orang ini, yang dalam hatinya tidak ada selekoh untuk memegang jawatan, menjadi calon dan sebagainya.

Orang yang ditarbiyah juga sentiasa merujuk kepimpinan, kerana mereka khuatir akan tersebarnya pengaruh musuh dalam jemaah jika maklumat yang disampaikan tidak seangkatan makna dan maksudnya dengan pimpinan-pimpinan jemaah. Jika tidak bersetuju maka bantahan dilakukan menurut saluran yang dibenarkan. Mereka redha dengan setiap keputusan syura yang di lakukan dalam jemaah kerana adakalanya kita tidak suka sesuatu perkara itu, boleh jadi ia baik untuk kita. Begitulah juga ada perkara yang kita suka, kadang-kadang perkara itu buruk dan boleh meruntuhkan jemaah. Allah itu Maha Mengetahui sedangkan manusia tidak mengetahuinya.

Dalam perang Ahzab, Rasulullah mencadangkan Para Sahabat berperang di luar Madinah. Tetapi, Salman Al Farisi mencadangkan agar berperang di dalam Madinah dengan menggali parit di sekitarnya. Cadangan Salman dipersetujui oleh Para Sahabat lalu Baginda S.A.W mengikuti cadangan tersebut. Pandangan syura diambil mendahului pandangan peribadi, begitulah akhlak yang wajarnya kita pegang dalam disiplin berjemaah walaupun adakalanya ada beberapa isu yang kita tidak bersetuju.

Kita Parti Islam, maka kejayaan yang ingin kita capai bukan sekadar dalam pilihanraya. Tetapi apabila orang menilai kemenangan sesebuah parti itu, dan gagasan yang dihasilkan oleh parti itu hanya dapat dilunaskan dengan memenangi pilihanraya, maka kemenangan tersebut mestilah diusahakan dengan sesungguhnya. Orang tidak hanya akan melihat jiwa kita berkobar-kobar dengan semangat Islam, tetapi keputusannya adalah dengan memenangi pilihanraya.

Jika di Tunisia, Parti An Nahdah menang kita di sini seronok dengan berita kemenangan mereka. Bila Hamas menang di Palestin, kita yang tidak kenal mereka dan mereka tidak kenal kita masing-masing seronok dengan kemenangan tersebut, begitulah juga dengan parti-parti Islam di negara lain, masing-masing gembira jika rakan-rakan seperjuangan mereka berjaya mencapai kemenangan kerana roh memperjuangkan Islam yang sama antara kita dan mereka.

Setiap peredaran zaman yang berlaku, ketahuilah bahawa kita ini mata rantai perjuangan Islam. Buat akhirnya, mudah-mudahan kita semua menjadi generasi kebanggaan Rasulullah S.A.W.

Tuan Ibrahim Tuan Man


sumber:  http://tarbawi.my/index.php/en/soal-jawab/politik-dan-gerakan/291-kebangkitan-masyarakat-global
 

BEBAS PALESTIN

JUMLAH PENGUNJUNG